Friday, October 9, 2009

Tudung + halal ?


Berkurun lama rasenye ku xbercuti dgn family..even xlaa jauh mana tp kira berbaloi la gak dpt gi Cameron, semua boleh dikatakan berjalan lancar..Dulu last pergi pon time aku "kanak-kanak riang" lagi..mak pon rambut tgh hitam lagi..hehe..sekarang bertambah 2 ahli keluarga baru hehe abg iparku dan "tarzan" kesayanganku a.k.a anak buahku yg buas..huhu en.Raif ataupun panggilan terbaru ku " Najib junior" haha..smpai tahap bergambo pon dia xabes2 dok tunjuk jari "satu" malaysia tu...




Yupz,berbalik pada pengalaman ku nk gi Cameron tu..fuuhh, perjalanan yg sungguh mencabar ditambah pulak tetiba kereta bapakku buat2 semput lak bila nk naik atas Cameron tu..waaa kes naya betui..huhu sumpah ku xmau tolak2 time2 gini..dgn sejuk2 pulak tu..nasib baik laa keta tu dok semput jer, tak la pulak mati terus..huhu alhamdulillah semua slamat..Sampai kat atas tu kakakku dah booking siap2 hotel..dia blanja..hehehe slamat poket..




Dalam menghayati nikmat keindahan alam disana...Hmm,ada perkara yg membuatkan ku agak sangsi skit.. iaitu bila ku pergi melawat di pasar sekitar Cameron..ape yang ku perasan..mejoriti perniaga makanan disitu adalah bukan melayu tetapi mereka menggunakan rakyat asing spt kaum Indon,Nyammar,Vietnam yg kita sudah sedia maklum muka kebanyakan dari mereka mirip org melayu..dan "tudung" dijadikan umpan untuk menarik perhatian org melayu yg membeli disitu..sekaligus kite sebagai pembeli yg beragama Islam melihat peniaga yg bertudung itu adalah "Islam" dan sudah pasti makanannya "halal"..betul tak??..perkara2 begini merisaukan aku..benda2 ni dah banyak berlaku dimana-mana jer..tapi org tak amek pusing..ape yg sedih tu, ku perasan salah sebuah kedai jual "daging goreng" yang secara jelasnya tuan punya kedai adalah org Cina yg sibuk tgh potong daging tu..manakala penjualnya warga asing ( ku xbrape pasti..dr loghatnye mcm warga Nyammar) yg siap bertudung litup tgh sibuk menjual daging goreng tu yg ku sendiri pon xpasti daging ape yg dijualnya tu..huhuh...yg bestnye org melayu kita bersama2 org bukan Islam lain sama2 dok beratur nak beli daging goreng tu...sedih..sedih..ku harap daging tu daging yg bukan ku pikir kt kepala otakku ni..huhu..mintak simpang....ku pon harap mereka yg bertudung tu mmg betul2 Islam dan menjual benda yg halal bukan untuk mengaburi mata org lain..


p/s kedai mamak pon ku risau gak ni...sblum order ku nk suh depa baca al-fatihah dulu..hehe

Thursday, August 6, 2009

hmm Melayu lagi?



Entahlah, agak-agaknya sampai bilalah Malaysia akan bertahan aman sentosa? jika sekarang pun kita dah nampak potensi untuk kita jadi seperti negara-negara lain yang sedang sibuk perperang dek hal-hal politik.Hanya disebabkan dua ideologi yang berbeza oleh PRO ISA dan Anti ISA, maka seperti biasa "budaya demontrasi jalanan" pun berlaku.






Iya betul demontrasi secara "aman" tapi tidak ke mereka fikir perkara seperti ini menganggu urusan harian orang ramai, lagi-lagi penganjur demontrasi bijak memilih hari minggu dan tempat yang menjadi klimaks masyarakat ibu kota seperti di pusat membeli belah Sogo.Seperti yang sedia maklum demonstrasi dan melayu seperti tidak dapat dipisahkan.Lagi-lagi MELAYU,MELAYU, dan MELAYU!!..hai sedarlah wahai melayu dimanakah kaum lain??? siapa yang untung?? Dikala kaum lain sibuk berjuang memantapkan ekonomi mereka tp melayu masih dijalanan "berdemontrasi" dan terus menjadi bahan kegilaan politik pihak-pihak tertentu.Para belia ada juga kanak-kanak yang tidak tahu apa yang diperjuangkan "seronok" turut serta berperang dgn FRU.Sampai bila Melayu akan terus hanyut dibuai dakyah politik masing-masing?...anda yang mempunyai jawapan..

Friday, July 3, 2009

"SATU"

" siap suruh ct sign nk tunjuk proof kt mak hehe"


"Satu dua tiga doremi mana nak cari alif ba ta abc.."hehe tetiba jer ku teringgat lagu ni..tp bukan la M.Nasir yg ku nak cerita tetapi kisah Dato Siti Nurhaliza ku yg disayangi cehwahh!!..

Setelah sekian lama akhirnya k.ct (ku guna "k.ct" je la ek huhu dah terbiasa, yaa ampunnn..) buat jugak konsert di IB..sebelum ni bukan tak pernah buat kat IB tetapi sebagai artis jemputan untuk show2 tertentu sahaja..tetapi kali ni untuk konsert come back beliau yang diberi nama "SATU"..

Konsert "SATU" adalah salah satu usaha untuk mengumpul dana Yayasan NurJiwa dimana hasil jualan tiket akan disalurkan kepada badan-badan tetentu untuk membantu individu yang memerlukan..waaah, mungkin kerana niat k.ct dan suami yg murni tu difahamkan semua tiket "sold out" beb!!..starting price from RM80-RM300 semuanya habis dijual..

"souvenirs "SATU" ct "


Demi siti ku pun korek tabung beli tiket gak walaupun last minute hehe dapat gak..memandangkan ku pun tak pernah pergi tgk konsert berbayar nih..huhu abis la gak RM200++ tetapi memang berbaloi!!..combination elements graphic, music,songs memang gempak! ditambah pulak vokal k.ct yg persis celine dion tu..fuuhhh ku teruja betul!!!..eh ehem2 cool oshin cool..hmm ku bila masuk bab ct ni mmg gini skit hehe..terlebih sudaahh..hikhik..starting konsert jer kak ct dah perah vokal nyanyi lagu "Hati Malaya" waaa seram sejuk ku dgr..so baru start pun dah best belum lagi masuk separuh masa pertama,separuh masa kedua ,dan gOOOaaLLLLL!!..eh ehem ku dah buat balik..sabar oshin sabar..ishk ku ni xbleh laaa..camnilaa ku pendekkan crita mmg ngetops,mantap,superb!! sape yang tak datang tu mmg rugi laa..takpe next time harap2 insyaallah ct buat lagi..All d best ct!!WeeewwIiTTZZz!

Friday, March 13, 2009

Melayu mudah lupaa...




malu!..biadap!..lupa diri!...hmm ini je lah ungkapan yg mampu terucap bagi segelintir "org melayu" yg semakin hilang asal usul dan jati diri mereka.Kadaulatan melayu yang pada dahulunya dijulang dan menjadi tunggak jati diri orang melayu kini sudah berani ditentang, dicabar , tak kurang pulak berani nak saman sultan! nauzibillah..Apa yang aku lihat hampir 99% mereka yg murusuh adalah org melayu sambil melaungkan "Allahuakhbar"..Apakah yg anda ingin perjuangkan??kenapa hanya org melayu dan Islam??Adakah Sultan bersikap kejam kepada rakyat?? tidak cukup ke hak istimewa yang berkurun lama "org melayu perolehi?? aku tak paham!..Jgnlah kerana sebuah parti agama menjadi pertaruhan..



Sedarlah wahai melayu..Institusi kesultanan telah banyak byk menyelamatkan hak org melayu dan juga Islam dinegara kita.Sultan lah bukti satu2nya tunggak melayu dinegara kita.Bayangkanlah jikalau tiada Sultan maka hilanglah segala hak istimewa utk org melayu dan tidak mustahil agama Islam juga.Adakah anda ingin jadi melayu di Singapura?? Melayu di sana tidak mempunyai apa2 hak dalam segala hal, isu agama pun boleh dikotak-katikkan.Ingatlah perjuangan melayu belum selesai..tetapi perjuangkanlah perkara yang sepatutnya diperjuangkan..jgnlah sekali-kali menjadi hamba parti...dahulukanlah agama Islam sebelum kita mengutamakan parti. Seperti kata seseorang, "Perjuangkan agama Islam sebelum perjuangkan parti Islam..."..salam..

Friday, January 23, 2009

Boikot Israel/ US product !!



Boikot Israel/US product!! aku sokong 150% tentang saranan Tun Dr Mahathir utk boikot product Israel/US nih tapi aku tak faham kenapa segelintir org melayu "muslim"!! boleh menolak dan tidak setuju dgn cadangan memboikot ni?? dengan macam2 alasan kononnya "boikot bukan cara terbaik untuk membantu Palestine" aku pun tertanya2 apakah cara yg terbaik utk kita membantu? adakah hantar pejuang2 kita ke sana utk menyelamatkan Palestine? kalau iya pun mampukah kita?? jawapan logiknya mmg mustahil.Aku boleh terima jika "non muslim" yg kata mcm tu,tetapi sedih bila orang "muslim" sendiri dengan egonya tidak puas hati dengan saranan Tun Mahathir ini.Aku sokong cadangan ini bukanlah kerana saranan Tun Dr Mahathir tetapi kerana tanggungjawab aku sebagai umat Islam.



Bagi pendapat peribadi aku hanya ada satu jalan saja utk membantu palestine iaitu "Islam kena bersatu!" kumpulkan semua askar pejuang bagi setiap negara Islam yg ada dimuka bumi ini termasuk Malaysia yg sanggup mati demi Islam utk menghapuskan musuh Islam.Malangnya,mampukah itu terlaksana? lihatlah realitinya,sedangkan negara2 Islam yg besar pun tidak mampu walaupun utk "membaling batu" ke arah zionis inikan pula berjuang membantu Palestine.Pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menewaskan mereka ialah;

" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti jemaah solat Jumaat"

Maksudnya,yahudi hanya akan dpt ditewaskan pabila ramainya umat Islam berjemaah solat Subuh seramai mana umat Islam berjemaah ketika solat jumaat.Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang,apatah lagi nak berjemaah untuk solat subuh.Walaupun perit utk kita terima tetapi inilah hakikatnya,umat Islam semakin lemah.Jadi marilah kita membantu sedaya apa yang kita mampu, iya tidak dinafikan mungkin benar memboikot product israel dan US bukanlah jalan terbaik untuk membantu Palestine tetapi sedikit sebanyak mampu utk memberi tekanan kepada ekonomi mereka yg sudah semakin goyah.Marilah renung-renungkan janganlah kerana mentaliti dan kehendak kita yg sudah terlalu bergantung dgn barangan dari luar, maka kita mengabaikan tanggugjawab dan peranan kita untuk menolong sesama umat yg tertindas.Wallahualam.

Wednesday, January 7, 2009

Bagan Lalang gathering

Bagan Lalang gathering







Bagan Lalang, 19 FEB 2005 - Pertemuan keluarga sitizone yg telah lama terpisah telah ..twit..twit..ewah mcm berito laks...ok ni botui2.

Memamg satu kenangan yg indah apabilo dpt bertemu dgn teman2 sz di BL pd 19 Feb ari tue...dpt gak kenal chantez2 sz walaupun tak semuo ......dpt tau empunya diri kepado nickname2 masing2...huaaahh...huahhh...den puas hati btul....yg paling tak cayo samseng2 bleh berdamai...fuh! I don't blivit....

Memandangkan den nih umpama "katak bawah tempurung" ,tak tau jln KL ni lg2 smpai ke BL.. so, terpaksa ler kak jamm turun padang ambik den sampai ke umah..huhuhuh..thanks kak jamm.....kak jamm park kereta kat KTM UKM, so naik ktm , tukar lrt lak sampai ler ke umah den..huhuhu...cian kak jamm....jasa baikmu dikenang...then sama2 patah balik kat UKM dan naik keta kak jamm sampai kat BL.....disbbkan sampai awal sgt kitorang pi duk kat surau berdekatan utk solat dan berehat sat...lpas tu dpt call dr el, yg kato diorang dh sampai ke chalet ...so, den n kak jamm pi ler jumpo dorang kat room PARI A , kalo tak silap...disaat tue ler jumpo Patzzi, El, Kak Rafreen, and kak Amy( Brunei).....dlm 15 mint , rombongan cikgu kelas bersama anak2 muridnyer pun sampai utk rombongan sambil blajo....pendekkan cito...lpas semuo dah ado semua dibahagikan bilik masing2 kecuali taiko bani bersama kuncu2 yg menyerlahkan kesamsengan nye dgn dtg lewat kerna menunggu kapt den, si sinchan yg baru nk mandi.!!.hehehhehh...




Pabila semuo dah complete...maka disaat itu lah samseng2 bersua muka..tp nasib baik senjata2 ditinggalkan di kem masing2...maka tiada perperangan berlaku...fuh, lega kak intan..hihihihih...pabila malam kitorang dijamu dgn BBQ nyum,..nyum....ado sotong goreng, ikan siakap masak merah,ado sup ketam dan sebagainyo....glup!!...lpas tu adegan gambor bergambo...lepak sat, pastu pi masuk kelas karaoke yg diajor oleh cikgu de' mont...hehehehe...fuh, cair seh, tgok de'mont gelek..hehehheh..menangis mas idayu kalo tgok....bermulalah pertandingan karaoke yg di adili oleh inderasakti, kak jamm, dan abe kak intan.....kiro ala2 Malaysia Idol la nih...tp nasib ler tukang komennyer tak komen papo.....lego.....!!!...sbb den pun samo2 turut serto "menyumbangkan" lagu Cinta Diakhir Garisan ngan si Pat...huhuhuhu...tue ler first time den nyanyi dopan org ramai nih....sogannyess...tp paling best bg den iolah lagu duet pat ngan sinchan yg bertajuk cipan tertipu versi hajas ngas...huaah...huaahh...kesian den tgok hajah ngas asyik keno sabo je ngan pat dan sinchan maso kat BL.....penonton tergango sat bilo dgar amir n aiman nyanyi lagu pilihan msing2...ambik ko suaro kalah artis beb!!......tp keputusan muktamad simon bagan lalang iaitu kak jamm telah sebulat suaro memilih aiman sbg pemonang ....... amir no 2, dan gelek maut de'mont berjayo menarik perhatian juri utk mendpat tempt ke 3...hhehehhe...taniah..taniah....yg tak monang tu jgn menangis smpai hontak2 kaki...sbb semuo adolah pemonang tiado pengalah..ibarat kato vince.......

Lepas pemonang diumumkan...tibo la plak main "kotak beracun"...sapo keno nasib ler...ihhihihih..selamat den tak keno...sbb dio punyo denda bukan main lagi..siap ado yg tak pernah gelek keno bergelek..hihihhihi..den tak tahan betui tgok cikgi reen keno pakso gelek ...hehehhe..mmg kelakor la...ramai gak keno..ceh, kak jamm keno dero menjerits jd tarzan huuuuuuuaaahuuuu...lebih kurang gitu ler kak jamm jerits..hehhehhe...abg bani laks keno dero jd monyet...spt biaso la abg bani tu, diokan pakar buat bendo2 gitu..so, dio berjayo membawa wataknye dgn bagus..hehheh...sesuai lak dgn baju dio pakai ari tu gambo monyet..huaaahh..huahhh...ado adegan pujuk memujuk laks...dan mcm2 ler....pendek citer mmg enjoy ler....

Games semuo abis lebih kurang pukul 1 a.m lebih....lpas tu semuo masuk bilik2 memasing utk beradu dan harap2 dpt mimpi ct...mmmmmm...tapi den laks tak tido , dok borak ngn kak fida sampai ke pagi...dah sampai fajar nk terbit baru kitorang tido....Zzzzzzzzzz...Pkul 6.30a.m dah bangun, mandi, solat n siap nk pi sarapan....lepas makan, ajak kak fida pi tepi pantai sat...kat situ den gilo merakam ler...fuh, lawo nyer pantai....lepak2 lebih kurang 15 mint...pastu kak reen call, suruh dtg sano blaik....ooooo...rupo2 nyer ade games laks




...mcm2 game..sampai ado yg sakit pinggang hehehhe...kesian cikgu rashid....hihihih..gara2 main games kepik2 bola...lpas tu tak bleh aktif dah...tp mulut tetap aktif u..!!..tetap nak menyabo si kak joe a.k.a sinchan...hehehhehhe......den laks main satu games jo, itu pun keno pakso., huhuhuh..den nih sibuk nk merakam jek...so, terpakso la masuk gak main games..."tiup coklat dlm tepung"...bayang kan ler lapas tue muko jd camno..kalah opera cina...smpai tersubat lubang hidung dgn tepung..hehhehehhe...lepas semuo games tamat...aktiviti bebas sat, masing2 lepak , ado yg sambung tido mcm den..hihihihihih...pkul 2 berkumpul utk menerima hadiah dlm acaro masing2....


dari kanan ke kiri:( samsengs2 kg tersusun n kg lrt) El,Guru,Patzzi, Sinchan,Kak Intan,Abg Bani and Oshin..

..cehwah ,kak jamm monang "paling aktif" ...hehhehe..den sokong , mmg aktif betui kak jamm, semuo game dio masuk...sporting betui kak jamm...hhihihih.....lpas tu dgar ucapan dr ketua kelas....bergambor dgn kain rentang yg "Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang, Tumpang Berlindung Waktu Susah Dan Senang."...then, masing2 bersurai...huhuhuhuh..sedey nyer..bye..bye