Friday, January 23, 2009

Boikot Israel/ US product !!



Boikot Israel/US product!! aku sokong 150% tentang saranan Tun Dr Mahathir utk boikot product Israel/US nih tapi aku tak faham kenapa segelintir org melayu "muslim"!! boleh menolak dan tidak setuju dgn cadangan memboikot ni?? dengan macam2 alasan kononnya "boikot bukan cara terbaik untuk membantu Palestine" aku pun tertanya2 apakah cara yg terbaik utk kita membantu? adakah hantar pejuang2 kita ke sana utk menyelamatkan Palestine? kalau iya pun mampukah kita?? jawapan logiknya mmg mustahil.Aku boleh terima jika "non muslim" yg kata mcm tu,tetapi sedih bila orang "muslim" sendiri dengan egonya tidak puas hati dengan saranan Tun Mahathir ini.Aku sokong cadangan ini bukanlah kerana saranan Tun Dr Mahathir tetapi kerana tanggungjawab aku sebagai umat Islam.



Bagi pendapat peribadi aku hanya ada satu jalan saja utk membantu palestine iaitu "Islam kena bersatu!" kumpulkan semua askar pejuang bagi setiap negara Islam yg ada dimuka bumi ini termasuk Malaysia yg sanggup mati demi Islam utk menghapuskan musuh Islam.Malangnya,mampukah itu terlaksana? lihatlah realitinya,sedangkan negara2 Islam yg besar pun tidak mampu walaupun utk "membaling batu" ke arah zionis inikan pula berjuang membantu Palestine.Pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menewaskan mereka ialah;

" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti jemaah solat Jumaat"

Maksudnya,yahudi hanya akan dpt ditewaskan pabila ramainya umat Islam berjemaah solat Subuh seramai mana umat Islam berjemaah ketika solat jumaat.Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang,apatah lagi nak berjemaah untuk solat subuh.Walaupun perit utk kita terima tetapi inilah hakikatnya,umat Islam semakin lemah.Jadi marilah kita membantu sedaya apa yang kita mampu, iya tidak dinafikan mungkin benar memboikot product israel dan US bukanlah jalan terbaik untuk membantu Palestine tetapi sedikit sebanyak mampu utk memberi tekanan kepada ekonomi mereka yg sudah semakin goyah.Marilah renung-renungkan janganlah kerana mentaliti dan kehendak kita yg sudah terlalu bergantung dgn barangan dari luar, maka kita mengabaikan tanggugjawab dan peranan kita untuk menolong sesama umat yg tertindas.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment